Sunday, November 21, 2010

Tuhan Maha Besar,

Assalamualaikum.


Saya tidak tahu kalau ini salah dari segi agama. Tapi saya dah tidak tahu mana nak mengadu.

Ke hadapan Tuhan Yang Maha Besar,


Aku, hamba mu yang kerdil ini memohon agar kau ringan kan lah beban ku, kau berikanlaku jalan untuk aku teruskan hidup, kau perbanyakkan pilihan untuk aku selesaikan masalah yang menimpa. Sesungguhnya, dah tak tertanggung lagi badan ini Ya Tuhan ku. Lemah rasa kudrat ini nak meneruskan kehidupan. Buka sahaja mata, aku rasa putus asa menyelami hari yang mendatang.Aku lemah Ya Tuhanku. Aku lemah.


Tuhanku yang maha Pemaaf,


Aku bukan lah golongan umat mu yang salihah Ya Tuhanku. Terkadang aku terleka dengan nikmat dunia, sehingga terlupa dengan azab neraka. Terkadang aku terlupa untuk menyebut namamu dikala aku mendapat kejayaan, dan aku terlupa kau sentiasa ada untuk mendengar ketika aku ditimpa bencana. Aku terlupa Ya Tuhan. Aku terlupa. *menangis*


Ya Tuhanku yang maha mengasihani,

Aku memohon agar kau kasihani aku. Kau terangkan lah lorong jalan yang gelap yang berada dihadapan aku. Hati aku hancur luluh Ya Tuhan. Aku tak tahu bagaimana hendak meneruskan hidup. Cubaan yang kau bagi amat kuat Ya Tuhan ku. Amat kuat. Tak tertanggung rasanya aku umat yang kerdil ini untuk meneruskan jalan hidup yang tak tahu mana hujungnya tanpa bantuan kau.


Ya Rahman, Ya Rahim,


Sesungguhnya, aku memohon kau memaafkan segala dosa ku. Aku tahu aku sangat jauh darimu Ya Tuhan ku. Sangat jauh. Mungkin kerana itulah aku sukar untuk mendapat ketenangan hidup yang hakiki. Sesungguhnya kau Tuhanku yang satu Ya Allah. Aku terlupa dengan nikmat yang kau berikan. Aku malu menjadi diriku yang hanya mengingati Mu apabila sudah terduduk, sudah terjatuh, sudah hilang segala nikmat. Sekarang aku sedar betapa aku kufur nikmat yang kau telah berikan. Betapa aku tak redha dengan segala yang berlaku dalam hidupku. Aku malu Ya Tuhan.

Ya Allah,

Kau maafkan lah aku. Maafkanlah aku. Kau berikanlah jalan untuk aku mendapat keredhaan Mu Ya Allah. Kau berikan lah aku kekuatan meneruskan liku kehidupan ini. Dan kau berikanlah aku petunjuk untuk menjadi Hamba Mu yang solehah.
Hambamu,


No comments: