Hi. Salam.
Peningkan bila fikir pasal duit? Duit untuk itu, duit untuk ini. Semua pun senang cerita, kena ada duit. Kalau sikit aje, mesti tak cukup. Dia kena banyak, sebab TAMAK adalah amalan yang kita memang kena praktikkan dalam hidup kita sekarang ini. Betol doq? -___-"
Hmm kawan saya pernah tanya, macam mana nak tahu duit yang kita pegang tu halal ke haram? Saya terdiam. Betul. Terdiam. Tapi saya selalu pegang dengan apa yang ayah cakap. Mcm ni ayah saya cakap, "kalau duit itu, halal dan haramnya, hanya Tuhan sahaja yang boleh ukur. Kita manusia kena berserah sebab apa-apa pun kita tengok balik pada niat. Tapi, kalau memang dah sah-sah kita tahu yang hasil itu memang haram, macam mencuri itu dan sebagainya memang haram, jadi haram lah duit yang kita ambil tu. Jangan pulak pergi halalkan yan haram. Faham?. " Faham tak apa yang ayah aku cuba cakap? Kau jangan nnt cakap, Oh! takpe, mencuri je. Tuan tanah kata biar Tuhan je judge. Memang nak kena katok kepala kau dengan aku, faham?
So, saya nak bagi beberapa situasi, boleh tak tolong saya beritahu berdosa ke, halal ke, haram ke perlakuan ini. Al-maklumlah, saya ni belajar agama bukan tinggi macam pokok sena. Sekadar yang tahu-tahu saja. Jadi, sharelah dengan saya bagi sesiapa yang tahu, okay?
Situasi #1
Lelaki yang berusia muda remaja ni berkawan dengan seorang janda. Janda ini yang approach dia dulu. Nak jadi cerita, janda ni janda kaya. Naik BMW, ada fairlady dan sebagainya. Cerita duit semua juta-juta, ribu-ribu. Kalau setakat ratus ini, pandang sebelah mata je lah kaw. Memang derma je lah jawabnya. Okay, kembali ke cerita. Lelaki ini kesesakan duit, maka dia meminta pertolongan dari Janda tersebut. Janda tersebut menghulurkan bantuan dan tidak mengharapkan lelaki itu memulangkan semula duit tersebut. Tetapi, lelaki ini merasakan seperti dia ambil kesempatan pula dengan perempuan tersebut. Dia was-was sama ada duit yang dia dapat itu hasilnya haram atau halal. Macam mana tu?
__________________________________________________________________________________
Hah. pening? Itulah. Kan saya dah kata, pasal duit ini memang memeningkan. Saya pun terkadang tak tidur malam memikirkan pasal duit. Duit untuk itu, ini. Banyaklah. Pening kadang-kadang sampai rasa nak tidur je, tak mahu buat apa-apa. Peningkan? Hmm duit pun terkenal dengan barakah kan? Atau dengan kata nama lain nya, Berkat? betol? err tak surelah. Kalau salah, maaflah yea? So, kalau kita terlalu sayangkan duit kita, sehingga berkira dengan ibu dan bapa, berkat ke duit-duit yang kita dapat tu? Okay, bagi situasi lagi. Mesti korang bileh imagine, lepas tu barulah boleh bagi jawapan yang bernas, no?
Situasi #2
Anak ini mengahwini seorang wanita yang keluarganya tak berapa gemar. Lantas itu membuatkan anak ini jauhhhhhh sangat dengan keluarganya. RUmah dekat, ttapi nak balik rumah mak bapak dia, Ya Allah, susahnya Tuhan je tahu. Anak ini hanya membuka gerai di bazar malam sahaja. Alaa, yang macam Dana Toba tu. Tapi itu contoh je lah. Jadi, wanita yang dikahwininya telah menjual rumah ibu bapa nya,dan keretanya. Lalu merek berpindah ke tempat yang lebbih dekat dengan keluarganya. Alaaa macam dari Shah Alam dengan Puchong. Apalah jauhnya. Sehingga hari ini, dia tak balik rumah mak bapak dia dah dekat 2 bulan okay. -___-" Wanita yang dikahwininya ini menelefon lah mak kepada anak ini dan berkata " Sorrylah mak, tak dapat balik. Raya nanti pun tak tahu balik ke tak sebab takut bajet lari." Okaylah. boleh diterima lah kot kan. Sekali, tup tap tup tap,keluarlah gambar meletop dekat muka-buku. Gambar yang indahnya tangkapannya. Tuhan je tahu. Belek-belek, mak oi. Kamera SLR noq dia beli. Berjalan sampai KLIA, One Utama. Itu semua lagi jauh dari rumah mak bapak dia. Sampai je. So, kes ini pulak, macam mana?

Hmm itu sahajalah. So, renung-renungkan. Selamat beramal :)

No comments:
Post a Comment