So, sekarang ni, kalau u ols semua taip "life in a piece of paper", dah tak jumpalah blog yang va va voom ni. Jadi, mulai sekarang, kalau u ols nak cari blog saya, u guys boleh type tajuk atas ini, kot -___-" Okay. Lagipun, header ni lebih dekat di hati dari yang previous one tu. Rase mcm takde jati diri lah guna yang itu. Macam bahasa anak orang berada, "That is sooooo not me!" Lame.. Saya tahu.
Okay, Saya tahu kenapa u ols semua tertanya-tanya kenapa saya tak guna je tajuk lame tu. Okay, saya jawab *bajet artis* Ini adalah kerana, saya perlukan pembaharuan. Blog yang lama dengan layout yang membosankan membuatkan saya malas sangat nak update. Bahasa kasarnya, layout lama tu tak buat wa stim nak menulis beb.
*terdiam*
Sebenarnya, perubahan itu baik jika ia menghala ke arah kebaikan kan? Jadi, saya perlu berubah untuk sentiasa mengingati bahawa hidup saya ni tak pernah sempurna kalau iman dekat dada ini tak kuat mana. Haaaa! jangan pikir saya ubah blog nak jadi pendakwah bebas pulak. BUKAN SAMA SEKALI. blog ini adalah curahan rasa dan perasaan saya. Kira macam my little dark secret lah benda ni. Haha So, saya jujur memerlukan perubahan untuk bangkitkan balik rasa nak menulis, dan rasa rajin dalam diri -___-" Maybe lepas ini, saya akan buat mcm 25 Days to sexy body tips ke kan? Ha! nampak! ubah layout je terus macam-macam idea nak menulis.
*sengih lebar lama-lama*
Okay, kenapa "The Littlest Things"?
Sebab, saya rasa orang zaman sekarang ni senang terlupa dengan every little things dalam hidup kita. Contoh macam senyum, cakap selamat pagi dekat org tersayang, kiss goodnight, having lunch together, semua yang kita rase "alaaa benda kecik je tu, nanti-nanti pun tak ape", kita da tak nak amek peduli dah. Jadi, saya tak nak diri saya menjadi ke arah itu. Saya nak jadi seorang yang mengingati semua benda yang perlu diingati termasuklah benda yang sebesar kuman skali pun. Ia buat saya menghargai hidup dengan lebih lagi.
*mata berair emosi*
Lagipun, blog ini saja yang boleh saya cerita sejujurnya tentang apa yang saya rasa *walaupun kadang-kadang merepek*, this is the only medium that I can be true to myself, senang cerita, BE MYSELF IN MY OWN WAY.
Okayy. Apa lagi?
Oh! btw, saya akan buat marathon blog yea dimana cerita yang dah lapuk gile, saya akan cuba update dalam hari ini. LAMEEEEEEEE, i know. Lagipun, saya tiada kerja sangat hari ini dan saya kembali bersemangat setelah tengok blog va va voom saya ini. padahal memang hari-hari pun takde kerja, cuma malas je -_________-" *sigh*
Oh kali kedua! saya juga tertanya-tanya, bagaimana ehk nak letak lagu dalam blog kita? saya dah lupa lahhhh. Nampak sangat dah lama tak edit dan sepah-sepahkan blog ni. Hey, sesiapa yang boleh tolong, silalah tinggalkan pesan yea? terima kasih u ols.
Oh untuk kali ketiga! saya juga akan sentyase mengakhiri setiap percakapan dengan new signature yang dibuat dengan paint sbb sangat bodoh dalam penggunaan photoshop dan sebagainya. LAMEEEE LAGI SEKALIIIII! i know. urgh! okay. tak pe. moving on.
later lovelies :)
No comments:
Post a Comment