Thursday, September 2, 2010

tiada kata


haih.
tiada kata seindah bahasa
yang boleh ungkapkan rasa.

semuanya semak,
jadinya senak.

tpleh kiri masalah,
toleh kanan masalah,
cis bedebah,
bila nak settle semua hah???

*diam*

hmm hari tu kekluang.
opahnya sakit kuat.
Tapi ALhamdulillah, disaat ketika ade rase nak menullis ni,
opahnya dah sihat sikit (:
Terima kasih kepada encik norman kerana sudi drive dan teman hingga kluang.
apalah nak dibalas dengan jasa si kekasih seorang ini.
tidur disana semalam ditemani bunyi burung dan kabus tebal.
bangun pada dinihari dan berhajat membawa adek2 ke bandar kluang menghilangkan
kebosanan dan melayan kerenah norman yang sangap nak karok.
I KNOW...
Puasa pun nak karok, but benda tu bukan tak sihat pun kalau dibuat dgn btol.
Manusia je yang nampak kan karaoke tu jahat, padahal karaoke tu tak buat salah pun.

Setelah selesai mensumbangkan lagu di karaoke murah berwarna oren,
pergi ke BAPAK BESAR punya bazar.
meronda mencari bekal untuk berbuka.
yang nyatanya RM20 terbang begitu sahaja.
Takpelah, rezeki (:

Melayan pula kerenah adek berdua,
pergi ke taman permainan di sebelah sana,
main buainya,
tangkap gambarnya,
semua ada.

yang penting, hari itu memang bahagia (:

Bertolak ke shah alam semula pada pukul 10 malam.
Singgah dekat muar, niat hati nak cari sabak aur,
sekali semuanya berterabur.

yang sesat lagi,
yang hilang lagi.


Norman nak sangat makan ikan siakap,
abestu tak kan nak tangkap,
Sabak aur lah dipikir nak bawa bersantap,
Sekaali semuanya tak jadi,
haih sentap!

*senyum*

berenti dekat satu kedai makan,
naseb baik norman layan kan.
makan je lah dekat situ kan?

yang penting sampai shah alam pukul 9pagi.
sebab tertidur diperhentian sampai pagi,
abes ape nak buat lagi,
dah mata berat macam nak mati.

k lah, selamat bersahur
sebab saya nak tidur (:



tiada kata yang boleh bagi rasa tentang perasaan saya yang ada pada awak saja.
terima kasih en kekasih (:


p/s : maaflah sebab banyak merepek. rhymes ntah ape2. Bye!

No comments: